Counter-Strike 2

Counter-Strike 2 (CS2) ialah permainan askar taktikal yang terbit pada tahun 2023. Permainan video ini dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia adalah ansuran utama kelima daripada siri Counter-Strike sederum sekuel langsung Counter-Strike (1998). Pengisytiharan pembinaan permainan video ini mulai pada tarikh 22 Mac 2023 dan terbit pada 27 September 2023, di Steam. Permainan ini menukar peran Counter-Strike: Global Offensive sebagai siri utama terbaharu dalam francais. Sama seperti pendahulunya, permainan ini menempatkan dua pasukan, Counter-Terrorist dan Terrorist dalam satu perlawanan yang menentang satu sama lain dalam pelbagai mod permainan berasaskan objektif (contoh mod nyahfius bom) masing-masing bagi memenangi pusingan-pusingan. Counter-Strike 2 menunjukan pelbagai peningkatan teknikal utama berbanding siri sebelumnya Global Offensive, termasuk pembaharuan enjin permainan Source kepada Source 2, grafik yang dipertingkatkan dan seni bina pelayan baharu. Selain itu, banyak peta daripada Global Offensive dikemas kini bagi menggunakan enjin baharu, dengan beberapa peta diubah suai. Selepas penerbitan, Counter-Strike 2 menerima ulasan yang secara amnya positif dari pengritik. Berbeza dari pengritik permainan video, pandangan pemain mengenai permainan ini bercampur-campur lazimnya negatif; kritikan ditujukan kepada penyahsenaraian Global Offensive daripada Steam, gaya permainan yang tampak lebih buruk dari siri sebelumnya dan penyingkiran beberapa ciri yang telah ada dalam Global Offensive. Counter-Strike 2 memejalkan peringkat sebagai tajuk permainan video Valve dengan ulasan paling negatif di platform.